Pada 5 SEPTEMBER (SELASA), telah berlangsungnya Kunjungan Hormat Playground Safety Association of Malaysia - PSAM ke Pejabat Timbalan Pengarah Jabatan Landskap Negara (JLN). Kunjungan hormat ini diketuai oleh Puan Presiden, LAr. CA. CPSI. Puan Noriah Mat.
Sesi kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk membentangkan hala tuju PSAM pada tahun 2024 serta menggiat aktifkan usaha PSAM ke arah menerajui MCPSI di Malaysia.
Turut hadir sama dalam sesi ini adalah En Mohd Norazri Mohd Nor sebagai Naib Presiden PSAM, Dr Noor Azlin Yahya selaku HOC Corporate Services, Pn Yang Suselawati Zakaria, selaku HOC Technical Services dan PSAM Sekretariat Nurdalilah Zawani serta beberapa pegawai dari Jabatan Landskap Negara .
We have some exciting developments coming up! Let's collaborate to enhance the safety of playgrounds in Malaysia! .
05 SEPTEMBER 2023 | JLN-PSAM